SEJARAH

Ahad, 27 September 2009

SEJARAH MELAKA

1. Sultan Mahmud Syah Melaka bukanlah Paduka Seri Sultan Mahmud Syah mangkat di julang yang diusir dari melaka itu (yang membunuh anaknya sendiri). Baginda, Syah Alam Yang Maha Mulia, Sultan Mahmud Syah Melaka Khalifatullah Akhirul Zaman adalah kekanda kepada Tun Saaban. Sultan Mahmud Syah inilah yang berkahwin dengan Puteri (Nang) Kemuning dari Patani. Tun Saaban adalah adinda kedua dan Pir Abu adalah adinda ketiga. Tunku Sulaiman Raja Bersiong adalah anakanda Pir Abu menjadikan Tunku Sulaiman ini anak saudara Sultan Mahmud Syah dan Tun Saaban. Kedatangan Hang Tuah dari Acheh untuk menangkap Tunku Sulaiman Raja Bersiong (yg lari ke Patani) ini diceritakan sebagai kononnya Acheh menyerang Kedah..haha..lawak betul. Tujuannya, menutup bukti sejarah realiti.Perintah untuk menangkap Tunku Sulaiman dikeluarkan Sultan Muhiyudin Mansor Syah setelah beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah ketika itu. Perlu diingat Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ini adalah seorang ulamak yang bergelar, Maulana Syah Alam



Di Melaka baginda Sultan Mahmud Syah bukan bersemayam di Melaka Bandar hilir tetapi di Kota Lukut dan mengawasi pengeluaran bijih timah disana.Baginda berpindah ke Kelang setelah Belanda menyerang Melaka Kota Lukut dalam tahun 1641 dan mangkat di sana dalam tahun 1668. Perlu diingat Negeri Sembilan belum ada lagi dan Kota Lukut ketika itu adalah sebahagian dari Melaka. Ketika ini lah orang-orang Minang yang berkerja di lombong bijih itu memihak kepada Belanda lalu baginda murka dan menggelar orang minang sebagai Minang-kabau yang bermaksud (dengan maaf), minang-derhaka. Perkataan kabau adalah dari bahasa siam dan tidak ada sangkutan dengan perkataan kerbau. Gelaran ini hanya ada disini sahaja sedangkan ditempat lain mereka masih tetap orang Minang. Saya hanya memberi penjelasan, bukan bertujuan untuk menghina sesiapa. Harap maaf.Di Shah Alam terdapat tempat bernama Kota Kemuning dan Bukit Kemuning. Lokasi ini boleh dimudikki dengan perahu dari hilir Sungai Kelang dan nama-nama ini merujuk kepada nama permaisuri baginda, Puteri Nang Kemuning.




Baginda Sultan Mahmud Syah bergelar Sri Su Tammaraja (lihat sejarah siam @ thailand) Baginda adalah anakanda Nai Hisbu Muadzam Syah (Raja Gangga Nagara) ibni Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Zahiruddin Bahadur Syah, Raja Monggol India. Dengan sebab itu lah hingga kehari ini Istana Alam Syah di Kelang dan bandar Syah Alam di negeri Selangor merujuk kepada gelaran itu.


2. Laksemana Hang Tuah bukannya hidup di zaman kegemilangan Melayu Melaka,1400-1500 tetapi disekitar tahun 1600. Rekod Portugis gelombang kedua yang menyerang Melaka dan bukan beragama islam tidak menyebut nama Hang Tuah dizaman mereka menyerang melaka bandar hilir. Sila juga rujuk zaman pemerintahan Narai sebagai, Raja Ayuthia. Hari ini, sedikit sebanyak kita sudah mula tahu siapa itu Laksemana Hang Tuah.


3. Melaka yang kita megahkan hari ini bukanlah Melaka Bandar Hilir tetapi dengan nama lamanya Semenanjung Siam Melaka yang kita semua kenali sebagai Tanah Melayu hari ini.





The land of Malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China." Tom Pires, Suma Oriental.



SEJARAH KEMERDEKAAN


MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA


Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan. Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.


Pengistiharan Kemerdekaan



Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.
Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Ahad, 13 September 2009

SEJARAH ISLAM

Pengenalan:

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.


Nabi Muhammad S.A.W.

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.
Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.
Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.
Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.

Negeri-negeri Melayu Utara & Johor Benteng Keselamatan British

Setelah Johor menerima Penasihat British pada tahun 1914, seluruh negeri di Tanah Melayu telah dikuasai oleh British. Residen ditempatkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula menerima Penasihat British. Umumnya, Penasihat British mempunyai bidang kuasa yang terhad berbanding dgn bidang kuasa Residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Namun begitu, Penasihat British berusaha utk mengukuhkan kuasa dan memperkenalkan corak pentadbiran Barat. Penasihat British secara tidak langsung mempengaruhi sultan supaya menyingkirkan pembesar negeri yang menghalang cita-cita mereka. Penasihat British juga mempengaruhi sultan supaya memperkenalkan jabatan-jabatan baru dan pegawai British dilantik mengetuai jabatan-jabatan penting.Melalui strategi ini, Penasihat British berjaya mengukuhkan kuasanya.